My Sharing Notes


Tanda-Tanda Si Manja Menghidap Asma : Selalunya si manja akan demam selsema berterusan, mengalami kesukaran bernafas pada waktu malam. Jika berlarutan sehingga seminggu, Si Manja selalunya akan menunjukkan tanda-tanda tidak lalu makan dan langsung tidak mahu menyusu. Ini adalah disebabkan hingus telahpun meleleh ke kerongkong Si Manja. Lebih teruk lagi, sekiranya hingus tersebut bewarna kuning kehijauan, dan si manja sering demam secara 'on' 'off', bawalah Si Manja ke hospital dan rujuk pada pakar. Kerapkali ia disebabkan oleh paru-paru Si Manja telahpun dipenuhi kuman dan hingus. Rawatan? selalunya hingus Si Manja terpaksa disedut menggunakan mesin dan sekiranya bunyi pernafasan Si Manja didapati  lemah, Si Manja adalah penghidap asma yang perlu disyorkan dengan rawatan sedutan gas. Jangan panik, kerana setiap rawatan itu pasti mampu memberi kebaikan kepada Si Manja anda.